♥♥♥IRAA NAZIRAA'S REAL STORY BEGINS ♥♥♥

It means no worries for the rest of your days. Just smile and live a happy life :)

Friday, May 24, 2013

Drama Drama Drama

Balik rumah ni macam macam drama aku tengok. Erk bukan drama kat telly tuh tapi drama kat rumah neh, hahaha. aku yang memang taktau pape ni tengok diorang je bersakat sesama sendiri. maklumlaaah baru balik rumah, outdated pfffttt -..- then, kat rumah ni pun ada echo tau, contoh bila adik sebut something yang kiteorang tak faham, then ayah cakap haaah ? ibu cakap haaah ? aku cakap haaah ? senang story semua cakap haaaah ? and benda tu berulang ulang ulang ulang, hahahaha, bila aku perasan aku gelak sorang sorang, then ibu tanya adik, "kakak tu kenapa? meroyan?" and adik aku jawab " agaknya laaah tu" erk, meroyan? muda lagi kott nak meroyan, --" moment paling indah semestinyaa moment dengan family, thanks to ibu dengan ayah sebab couple lepastu kawin dulu :3 hahaha, ibu dengan ayah are the best ! bersyukur sangat dapat parent macamni, yang gila gila, hahaha jiwa remaja lagi, maklumlaaah still muda, drama yang kita buat kat rumah ni, hahaha, drama yang brutal habis, ayat ayat dari cerita gangster tu kiteorang cilok then pakai, hahahahaha lucu pulak. hemmm adik bujang aku dua orang tu dahlaah suka nangis, cengeng, tak padan dengan nakal --" bila ibu marah si abang [sebab si abang ni memang teramat sangatlah nakal dia] memnag konfemlaaah si abang ni nangis, tapi yang pelik si adik pun nangis, sebab perasan ibu marah dia, err memang bergegar laah suara tangisan diorang kat dalam rumah neh, adik perempuan aku pulak, suka sangat sakat adik adik lelaki aku, selagi diorang tak nangis, selagi tu dia sakat,[tak ingat bila orang sakat dia macam Salamah salam cerita cucu menantu tuhh -,-] paling best cara dia buat budak bertuah 2 orang ni nangis takpayah pakai tangan, pakai mulut je dah cukup, dia psiko habis habis -.- and aku  jadi pemerhati je dengan 'aktiviti' diorang neh, malas nak ambik port, biasa aku jadi orang tengah, kene tarik sana sini, suruh backup diorang, tak kuasa aku, hahaha, dahlaah dua dua pihak salah, nak suruh aku backup pulak, last2 aku bukak je cerita kartun semua senyap join tengok TV, settle masalah, hahaha, jalan paling mudah, bernas dan selamat yang aku boleh fikir, tu jelaaaah, haha, kalau aku jadi ibu, sure tak tahan dengan perangai terlebih manja diorang neh, hahaha, memang kene kuat kalau nak jadi ibu ni kannn ? hahahahaha aku kalau jadi ibu esok, erm taktaulaaah apa jadi, hahaha, tak dapat dibayangkan, mesti huru hara kahkah xD waaaah terlebih pulak imaginasi aku, hahahaha dahlaaaah penat berceloteh, ada miss busybody a.k.a Salamah kat sebelah aku ni, hahaha xoxoxo